Politik dan Pilihanraya

Siaran Khas Dari Pengkalan Pasir

dewpem menulis - "PAS Selangor melalui Lajnah Penerangan dan Lajnah IT nya akan menyiarkan secara langsung rancangan Siaran Khas Pilihanraya Kecil DUN N12 Pengkalan Pasir dari studionya di Markas PAS Kelana Jaya.

Rancangan 2 jam setiap hari itu akan bermula pada hari Ahad 27 November ini sehinggalah hari Isnin 5 Disember setiap malam bermula jam 9 malam.

Ianya boleh diikuti di Saluran 3 Web TV PAS Pusat di alamat:

http://webtv.parti-pas.org/modules.php?name=WebTV&tvid=03

Menurut Ketua Penerangan PAS Selangor yang juga Pengerusi Lajnah IT PAS negeri, Sdr Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir, rancangan tersebut nanti akan dipancarkan di semua bilik-bilik gerakan UPU PAS di Pengkalan Pasir termasuklah di Markas Besar PAS di Pasir Mas untuk diikuti oleh para pengundi di sana.

Rancangan 2 jam itu nanti akan memuatkan siaran Bicara Pengakalan Pasir, iaitu rancangan forum secara langsung yang akan membincangkan isu-isu semasa berhubung pilihanraya kecil tersebut. Ahli-ahli panel akan terdiri dari pimpinan PAS Pusat, PKR serta para pemberita dan pengulas bebas.

Disamping itu setiap siaran juga akan membuat lintas langsung dari Bilik Gerakan PAS di Pengkalan Pasir yang akan memberi maklumat dan perkembangan terbaru terus dari Pasir Mas.

http://www.malaysia-today.net/Blog-s/2005/11/pas-selangor-lancar-webtv-live-untuk.htm

Hanifa Terima Ucapan Tahniah Dari Menteri

PENGKALAN PASIR, 28 Nov (Hrkh) – Haji Hanifa Ahmad menerima ucapan tahniah daripada menteri dan timbalan-timbalan menteri kerana bersedia menjadi calon PAS pada pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir.

Malah, bukan sekadar itu sahaja, mereka juga mendoakan kejayaan diraihkan bekas Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan tersebut.

“Menteri yang merakamkan ucapan tahniah terbabit adalah pemimpin Umno. Namun mereka membisikkan tidak boleh memberi sokongan terbuka kerana takut terlepas jawatan yang dipegang sekarang.

“Ini seakan-akan memberi gambaran sabotaj dalaman berlaku terhadap Umno sehingga pemimpin mereka lebih selesa kemenangan berpihak kepada calon PAS,” dakwa beliau pada ceramah di Padang Mini Stadium Pasir Mas malam tadi.

Ceramah perdana itu dihadiri puluhan ribu penduduk tempatan dan jentera kempen Barisan Altenatif dari seluruh negara. Hadir sama, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin kanan PAS serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Hanifa yang lebih dikenali sebagai Abe Par memberitahu pengalaman lampau yang ditimba akan dimanfaatkan kembali bagi membantu rakyat di DUN Pengkalan Pasir.

Katanya, pada 1982 beliau pernah berkhidmat sebagai Adun di kawasan Meranti dan Exco kerajaan negeri. Sebelum itu bertugas sebagai pegawai tadbir dan diplomat di bawah kerajaan Pusat.

Manakala pada 1991 hingga 23 November lalu, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PKINK.

Pemuda Wilayah Anjur Munajat Sempena Pilihanraya DUN Pengkalan Pasir

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) akan mengadakan program munajat pada 24 November (Khamis) di Markas Tarbiyah PAS Taman Melewar, sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Pasir.

Menurut jurucakap DPPWP, Mohd Izwan Mohd Yusof, program munajat itu akan bermula sejak waktu Maghrib dengan solat hajat sementara selepas solat Isya' pengisian program oleh Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar dan Ustaz Dr Azhar Yaakob.
Mohd Izwan yang menghubungi Harakahdaily sebentar tadi berkata, program itu diadakan bagi memperkuatkan semangat dan keazaman petugas PAS selain memohon pertolongan Allah dalam segala urusan dan gerak kerja pilihan raya.

Sehubungan itu beliau menyeru seluruh ahli PAS di semua peringkat turun beramai-ramai menyertai program munajat itu.

Pemuda Tahan Lasak Umno Minta Air Tawar Tok Guru

PASIR MAS, 21 Nov (Hrkh) – Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa terkejut dengan pelawaan bekas Ketua Pemuda Tahan Lasak Umno yang mengajak beliau mengunjungi kediamannya.

“Tidak pernah berlaku dalam hidup saya, orang Umno ajak saya naik rumah mereka, inilah pertama kali saya mendapat pelawaan sebegini, tidak hanya sekadar naik sahaja, malah dia minta saya buat air tawar dan berdoa,” ujarnya kepada wartawan pada sidang media selepas menyampaikan Sijil Takaful Khairat Kematian kepada 325 armalah dalam Dun Pengkalan Pasir di Dewan Majlis Daerah Pasir Mas
Menurutnya, ramai bekas pemuda tahan lasak Umno yang menjemput beliau ke rumah mereka.

“Bukan setakat seorang dua (bekas pemuda tahan lasak Umno) yang membuat pelawaan tersebut, malah ramai,” ujarnya.

Beliau berkata, situasi itu berlaku kerana mereka melihat Kerajaan Negeri Kelantan dipimpin oleh golongan Islam yang diterajui oleh ulamak yang berpandukan kepada al-Quran.

Katanya, tidak ada yang tidak kena dengan kerajaan negeri sekarang yang dipimpin oleh ulamak. Beliau turut mengaitkan keadaan yang berlaku itu dengan perkembangan yang berlaku kepada gerakan Islam Ikhwan Muslimin di Mesir.

“Kita lihat kepada Ikhwan Muslimin yang selama ini menerima tekanan yang hebat, pernah dipenjara, diburu oleh (kerajaan) negerinya sendiri, tetapi sekarang diberi peluang bertanding, akhirnya dia berjaya menyapu bersih semua kerusi di bandar Iskandariah,” ujarnya lagi.

Begitu juga, katanya, apa yang berlaku di zaman pemerintahan Saidina Ali apabila ada yang bertanya kepada Saidina Ali mengenai kepimpinannya dengan Muawiyah.

Katanya, Saidina Ali menjawab: Kalau kamu cari orang, sampai bila perkara ini tidak akan selesai, maka carilah yang benar, hanya satu yang benar iaitu Al-Quran.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga mengimbau mengenai PAS yang pernah ditendang daripada Barisan Nasional suatu masa dahulu walaupun beliau sendiri yang meminta orang PAS supaya menyokong BN bagi mewujudkan keamanan.

“Saya sendiri sebagai pemimpin PAS pernah meminta orang PAS menyokong Barisan sebabnya kita mahu wujudkan keamanan tetapi bila kita dah berada dalam parti tersebut, kita pula ditendang, peristiwa tersebut masih segar dalam ingatan saya,” katanya.

Sekiranya Kalah Di Pengkalan Pasir: Umno Patut Dibubar – TG Nik Aziz

Oleh SALMAH MAT HUSSAIN

RANTAU PANJANG, 20 Nov (Hrkh) – PAS tidak akan melayan sebarang ‘kerenah’ pemimpin Umno yang menggesa Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dibubar sekiranya Umno memenangi pilihan rakyat kecil Pengkalan Pasir pada 6 Disember ini.

Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, bagaimanapun berkata, beliau pula berhak mencadangkan Umno membubarkan parti itu sekiranya kalah dalam pilihan raya kecil itu nanti.

“Saya minta pihak mereka (BN) yang bubar parti itu sekiranya mereka kalah dalam pilihan raya kecil ini nanti. Sudahlah… saya tak akan melayan kerenah mereka lagi, dia yang cakap besar peringkat awal dulu suruh orang bubar DUN dan sebagainya, alih-alih letak syarat pula,” katanya selepas merasmikan Mydin Mart Rantau Panjang, di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan Ketua Perhubungan Umno, Dato’ Seri Annuar Musa dipetik sebagai berkata, kesemua 21 wakil rakyat BN Kelantan bersedia untuk meletakkan jawatan bagi membolehkan pilihan raya peringkat negeri diadakan dengan syarat langkah yang sama turut dilakukan 23 wakil rakyat PAS.

Malah, sebelum itu beliau beberapa kali membuat kenyataan yang sama dengan menggesa kerajaan PAS membubarkan DUN sekiranya Umno memenangi pilihan raya DUN Pengkalan Pasir.

Bagaimanapun Naib Presiden PAS, Haji Husam Musa menjelaskan wakil rakyat sepatutnya meletak jawatan bagi membolehkan pilihan raya diadakan di kawasan mereka, bagi menguji pengaruh sebenar.

Menurut Annuar kesemua wakil rakyat BN telah berbincang serta bersetuju untuk berbuat demikian dan akan membuat majlis berkenaan pada 1 Disember ini.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, sekiranya wakil rakyat PAS bersedia membubarkan DUN Kelantan, belum tentu mereka (BN) akan berbuat demikian.

“Jadi, tak payahlah cakap banyak, kami ni.. bukannya bodoh nak ikut saja apa yang dia cakap,” ujarnya.

Kalau BN Perintah Kelantan

Adegan-adegan yang tidak ingin kita lihat kalau BN perintah Kelantan….

  • Ceramah dan kuliah Tok Guru Nik Aziz akan diganggu oleh polis dengan semburan air asid dan gas pemedih mata seperti mana yang telah berlaku pada Tok Guru Hj. Abd Hadi di Terengganu.
  • Pemecatan beramai-ramai kakitangan kerajaan negeri dan agensi milik kerajaan negeri.
    Rampasan tanah rakyat untuk projek yang hanya mempunyai kepentingan pemimpin BN
  • BPR Kelantan terpaksa tambah kakitangan dan bekerja keras seperti di negeri-negeri lain yang diperintah BN.
  • Sekolah-sekolah agama akan diserahkan kepada Kementerian Pendidikan dan guru-guru sedia ada akan kehilangan pekerjaan.
  • Mesyuarat Perlantikan AJK masjid dihapuskan. Semua AJK masjid dilantik mestilah melalui sokongan Ketua Bahagian UMNO.
  • Kuliah dan pengajian di masjid dan surau semakin lesu.
  • Cuti umum hari Jumaat akan ditukar ke hari Ahad.
  • Premis judi akan tumbuh seperti cendawan lepas hujan di Kelantan.
  • Arak pula dijual berleluasa macam kat Langkawi.
  • Kerajaan Negeri goyang kaki..hanya minta sedekah dengan Kerajaan Pusat. Macam kat Terengganu sekarang.
  • Kerajaan Negeri Kelantan akan termasuk dalam senarai negeri-negeri yang tak bayar hutang…macam Kedah, Selangor, Pahang, dan Johor.
  • Buat universiti tapi rakyat terus miskin macam kat Sabah dan Kedah.
  • Buat Highway banyak-banyak…dan tol di sana-sini macam kat Selangor. Kroni juga yang untung.

    Soalan-soalan cepu emas untuk pemimpin BN…
  • Kalau betul UMNO/BN boleh membangunkan Kelantan, kenapa Sabah masih menjadi negeri paling miskin walapun sudah 11 tahun di bawah pemerintahan UMNO/BN?
  • Bolehkah Anuar Musa menjadikan pentadbiran negeri Kelantan bersih dari rasuah sepertimana Tok Guru nik Aziz jaga sekarang padahal duit PPRT pun Anuar tak mampu nak jaga?
  • UMNO nak ambil Sultan yang mana? Sultan Kelantan sekarang ke atau sultan lain yang Anuar Musa lantik pada tahun 1993?

    sumbangan: The Jam

Ibrahim Ali Bersumpah Dengan Nama Allah Akan Bertanding

PENGKALAN PASIR, 19 Nov (Hrkh) – Bekas Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Dato’ Paduka Ibrahim Ali bersumpah dengan nama Allah beberapa kali dan menjelaskan beliau akan bertanding sebagai mewakili penyokongnya pada pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir, pada 6 Disember ini.

“Saya bersumpah dengan Wallahi, Wabillahi, Watallahi sebagai mewakili rakyat Pasir Mas untuk menawarkan diri bertanding pada pilihan raya kecil ini. Saya mahu keris Taming Sari yang dirampas sebelum ini dikembalikan kepada saya. Saya telah bulat hati untuk turun gelanggang kali kedua,” katanya di depan ribuan penyokongnya di Markaz Dato’ Ibrahim Ali pada ceramah pertama sekembali dari luar negara, malam tadi.
Sebelum itu beliau disambut ratusan penyokong di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa kira-kira jam 7.45 malam tadi. Beliau begitu terharu dengan sambutan penyokongnya. Hadir sama menyambut kepulangan Adi Jagat, bekas Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Dato’ Hassan Ismail dan bekas ajk Umno, Mohamad Yaman.

Selepas itu beliau dan rombongan bergegas ke Pasir Mas bagi menemui penyokongnya. Kelihatan hadir pada majlis itu, bekas Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Ahmad Rusli Ibrahim dan Pengarah Pilihan raya Ibrahim, Haji Mohamad Nor Awang.

Ibrahim yang sebak ketika berucap meminta penyokongnya yang hadir mengangkat tangan bagi menyatakan sokongan terhadapnya. Kemudian mereka yang hadir beramai-ramai mengangkat tangan.

“Ambo bersedia menjadi seperti Dr Azhari dan al Qaeda yang rela berkorban untuk rakyat demi sebuah perjuangan. Dua faktur utama menyebabkan saya bersedia bertanding kerana mahu membela nasib bangsa dan membela semula nasib bangsa Melayu yang semakin terpinggir sekarang. Oleh itu saya berharap pilihan raya yang diadakan ini benar-benar bersih,” ujarnya.

Bagaimanapun beliau bimbang pengundi memperdayakannya dengan memilih calon lain.

300 penyokong Umno di Pengkalan Pasir sertai PKR

PASIR MAS, 19 Nov (Hrkh) – Kira-kira 300 penyokong Umno di beberapa cawangan di sekitar Unit Peti Undi Kasa berpaling tadah apabila mereka meninggalkan perjuangan lama untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana hilang keyakinan terhadap kepemimpinan parti itu.

Kumpulan penyokong Umno itu diketuai bekas Ketua Pemuda Umno Cawangan Kubang Gatal, Mohd Rozi Husin. Pengiytiharan menyertai PKR secara beramai-ramai akan dilakukan tidak lama lagi yang dijangka turut dihadiri Ketua Angkatan Muda PKR, Ezam Mohd Noor.
Setiausaha PKR Bahagian Pasir Mas, Haji Mohd Kamaruddin Zakaria berkata, sebahagian mereka sudah mengisi borang menyertai PKR baru-baru ini.

“Dengan penyertaan beramai-ramai itu memberi pukulan hebat kepada Umno kerana di Kubang Gatal sebelum ini dikenali kubu Umno sejak zaman berzaman. Malah PAS sukar untuk bertapak disebabkan sebahagian besar penduduk sudah sebati dengan Umno.

“Lagi pun di kawasan itu ada kelas Kemas yang menjadi tumpuan masyarakat tempatan. Kita percaya dengan sokongan padu pemuda di kampung berkenaan, kubu Umno di kawasan lain akan dipecahkan tidak lama lagi,” ujarnya di sini.

Kampung Kubang Gatal sebelum ini dikenali sebagai kubu Umno paling kuat di UPU Kasa. Mohd Kamaruddin berkata, PKR Pasir Mas sekarang menjadi tumpuan golongan muda dan sebahagian mereka sudah mengisi borang menjadi ahli PKR bagi meneruskan perjuangan reformasi di negara ini.

Siapa Sebenarnya Ketua?

Oleh SALMAH MAT HUSEIN

KOTA BHARU, 16 Nov (Hrkh) – Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat melahirkan rasa kesal dengan sikap Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang turun melayan tabiat anak-anak buahnya yang nakal termasuk cadangan membubarkan Dewan Undangan Negeri.

“Sepatutnya dia (Perdana Menteri) tidak boleh melayan sikap anak-anak buah yang nakal, ada yang suruh bubar dewan, dia juga turut melatah sama.

“Dia kena ingat, dia tu Perdana Menteri Malaysia bukan Perdana Menteri pada orang-orang Umno sahaja, jadi kena jagalah,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Nik Aziz mengulas kenyataan Abdullah yang mengikut kenyataan timbalannya, Najib Tun Razak yang mendesak kerajaan negeri Kelantan membubarkan DUN jika kalah dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir.

“Siapa ketua dan siapa timbalan nih. Ke Abdullah sekadar pak turut Najib,” tanya seorang penganalisis politik.

Dalam sidang akhbar itu, Nik Aziz sekali lagi bertegas, kerajaan negeri tidak akan membubarkan dewan biarpun terpaksa berhadapan dengan kekalahan dalam pilihan raya kecil itu nanti.

Sambungnya, tidak ada sebab kerajaan negeri harus membubarkan Dewan Undangan Negeri Kelantan, kerana jumlah kerusi masih memihak pada PAS.

“Lagipun sekiranya Umno dan BN menang, ianya tidak boleh digambarkan sebagai kehendak atau pilihan hasrat rakyat seluruh negeri ini, apa lagi pilihan raya ini pengundi terpaksa berhadapan pelbagai tekanan, ugutan, rasuah serta gentera kerajaan yang lain,” ujarnya.

Buktikan ketegasan banteras rasuah
Pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) juga diminta mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana ahli parti mereka yang menggunakan kaedah politik wang dalam kempen pilihan raya kecil Dun Pengkalan Pasir 6 Disember ini.

Nik Abdul Aziz berkata, sekiranya pemimpin parti itu bertegas untuk membanteras politik wang, mereka hendaklah mengamalkannya bermula dari sekarang.

Menurutnya lagi, sekiranya Umno gagal berbuat demikian hasrat untuk membebaskan budaya politik wang di kalangan parti tersebut yang semakin berleluasa tidak akan berhasil.

“Kalau nak atasi masaalah itu, budaya politik wang tidak seharusnya diperangi dalam Perhimpunan Agung Umno sahaja, sebaliknya dalam pilihan raya juga,” ujarnya lagi.

Beliau juga turut mencadangkan supaya Umno menggugurkan mana-mana orang politik mereka yang terlibat dengan politik wang sekiranya mereka benar-benar ingin membersihkan imej parti itu.

Upacara UMNO Keluar PAS Sudah Bermula

sofiwahab menulis - Malam ini TV3 melalui rancangan Buletin Utama menyiarkan berita beberapa orang ahli PAS diketuai Abdul Manaf Senik keluar parti bersama pengikutnya. Majlis pengisytiharan mereka keluar PAS dihadiri Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Maka bermulalah dengan rasmi sandiwara Umno pada setiap kali pilihanraya samada pilihanraya kecil atau umum. Kita mengjangkakan bahawa kalau pun berita ini maka sudah tentu mereka yang keluar PAS itu mendapat habuan dunia yang besar. Namun begitu kita sedang menanti reaksi balas PAS Kelantan tentang isu ini.

Apa sering berlaku sebelum ini, kerap kali individu yang mengaku keluar PAS masuk Umno ini bukannya ahli PAS tetapi orang yang diupah untuk mengaku menjadi ahli PAS sedangkan mereka tidak pernah pun mengisi borang keahlian PAS. Ada antara mereka pula sebenarnya telah keluar PAS sejak bertahun-tahun dahulu. Tetapi oleh kerana Umno tiada isu maka majlis 'lakonan' seperti terpaksa diadakan sebagai perang saraf kepada penyokong PAS.

Kita nantikan sandiwara Umno seterusnya.

KUNJUNGI www.pemudabukitkatil.blogspot.com UNTUK BERITA DAN ARTIKEL SELANJUTNYA.

Anggota Exco, Wakil Rakyat, PAS Negeri Jaga Setiap UPU

PASIR MAS, 15 Nov (Hrkh) – Badan Perhubungan PAS Kelantan menempatkan setiap anggota Exco kerajaan negeri, wakil rakyat dan jentera PAS kawasan serta negeri di setiap unit peti undi (UPU) di DUN Pengkalan Pasir.

Pengarah Jabatan Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh berkata, setiap mereka bertugas di UPU ditetapkan bagi membantu kempen calon PAS yang akan bertanding.

Katanya, di DUN berkenaan terdapat 10 UPU yang akan dipantau anggota Exco, wakil rakyat, PAS setiap kawasan di Kelantan dan PAS negeri-negeri lain.

Di UPU Banggol Chicha diletak di bawah kawalan anggota Exco, Ustaz Mohd Amar Abdullah, anggota Parlimen Pengkalan Chepa, Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman dan Adun Kadok, Haji Shukri Abdul Rahman. PAS yang bertugas di kawasan itu dari Pengkalan Chepa, Ketereh, Gua Musang, Perak dan Pulau Pinang.

UPU Kubang Badak dipertanggungjawab kepada anggota Exco, Dr Nik Mazian Nik Mohamad dan Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat, PAS Pasir Puteh dan Perlis.

UPU Kubang Bemban diketuai anggota Exco, Ustaz Hassan Mohamood, Adun Perupuk, Dato’ Omar Mohamed dan Adun Demit, Ustaz Mohamed Daud, PAS Bachok, Pahang serta Dewan Ulamak PAS Pusat.

UPU Kampung Baru – anggota Exco, Haji Zulkifli Mamat, Adun Temangan, Usaz Hassan Mohamad dan Adun Kemuning, Haji Zakaria Yaakub serta PAS Machang dan Johor.

UPU Kampung Dangar – anggota Exco, Takiyuddin Hassan, anggota Parlimen Pasir Mas, Ustaz Ismail Nuh, Adun Chetok, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman, PAS Pasir Mas dan Negeri Sembilan.

UPU Pengkalan Pasir – anggota Exco, Haji Husam Musa, Adun Salor, Haji Buni Amin Hamzah, Adun Pasir Tumbuh, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah, PAS Kubang Kerian dan Selangor.

UPU Jalan Pasir Pekan – anggota Exco, Dato’ Anuar Tan Abdullah, Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim, PAS Kota Bharu dan Wilayah Persekutuan.

UPU Slow Machang – aggota Exco, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman, anggota Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub, PAS Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai, PAS Terengganu dan Dewan Pemuda PAS Pusat.

UPU Kasa – anggota Exco, Abdul Patah Mahmood, Adun Meranti, Ustaz Nusuruddin Daud, anggota Parlimen Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun, PAS Rantau Panjang dan Kedah.

UPU Sakar – Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim, PAS Tumpat dan Melaka.

Pak Lah PENING Memikirkan Calon Mana Yang Akan Dipilih Pada PRK Pengkalan Pasir?

Oleh AMIRULREZA

Assalamualaikum w.b.t

Nampaknya semua rakyat pelbagai latarbelakang politik sudah berkampung di Pengkalan Pasir, tidak kiralah pihak PAS mahupun pihak UMNO. Annuar Musa dan Mustapha Muhammad pula sibuk memberikan pelbagai ulasan untuk menarik perhatian para pengundi di Pengkalan Pasir tentang hasratnya untuk menawan Pengkalan Pasir seterusnya menekan Kerajaan Pas Kelantan agar membubarkan kerajaan negeri.

Jelas jika dilihat antara 2 personaliti UMNO Kelantan ini iaitu Mustapha Muhammad dan Annuar Musa, mereka ini seolah-olah berada di atas 2 pentas berlainan untuk berkempen. Jika kita lihat pada pilihanraya umum yang ke-11 lalu, Mustapha Muhammad adalah personaliti utama untuk merangka strategi untuk menumbangkan Kelantan.

Namun kini senario itu sudah berubah, rakyat kini sudah berada di dalam pemerintahan Pak Lah selaku Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 dan sudah merasa betapa kerapnya kenaikan harga minyak yang seterusnya memberi impak kepada kenaikan harga barang yang 'menggila' diserata Malaysia. Malah kini jawatan selaku Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan telah berjaya dirampas dan kini milik Annuar Musa!

Mustapha Muhammad nampaknya kehabisan modal untuk terus menjawab mengapa harga minyak perlu dinaikkan. Sekarang kita lihat apa yang berlaku di United Kingdom tentang kenaikan harga minyak. Menurut kenalan saya yang kini berada di Southampton, apa yang kita faham sebagai demonstrasi jalanan, telah berjaya menekan kerajaan UK untuk menurunkan harga minyak dan kini dilaporkan bahawa harga minyak telah diturunkan hingga mencapai harga asal seperti sebelumnya! Mengapa terjadi begitu? Sama-samalah kita renungkan.

Di Malaysia, dek kerana terhutang budi kepada kerajaan Perikatan untuk merdeka, maka selama-lamanya lah rakyat Malaysia akan terus memberi mandat kepada mereka itu. Namun tidak tahulah samaada memang rakyat marhaen seantero Malaysia terutamanya orang BN sedar atau tidak bahawa parti perikatan kini sudah berkubur dan kerajaan BN kini adalah BUKAN suatu gerakan yang wujud ketika negara mencapai kemerdekaan. Malah parti UMNO sekarang pun adalah UMNO BARU yang baru ditubuhkan dan bukannya UMNO yang wujud ketika negara mencapai kemerdekaan!

Berbalik kepada pilihanraya kecil yang sedang berlaku di Pengkalan Pasir, pihak UMNO kini sedang bergolak untuk menentukan siapakah yang akan menjadi calon di dalam pilihanraya kecil berkenaan.

Di dalam penentuan calon itu jelas menunjukkan bahawa Mustapha Muhammad lebih berpengaruh untuk meyakinkan Pak Lah bahawa Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Mas / Tumpat, Ustaz Kamarulzaman Abdul Ghani dan fellow kanan Institut Kefahaman Islam Malaysia, Ustaz Othman Muhammadi adalah calon yang munasabah untuk menjadi calon kali ini berbanding nama Naib Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Johan Che Pa yang menjadi pilihan Annuar Musa.

Seandainya pilihan Annuar Musa iaitu Johan Che Pa tidak terpilih untuk menjadi calon pada kali ini maka jelaslah bahawa jawatan Annuar Musa selaku Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan masih tidak memberikan pengaruh kepada Pak Lah untuk menyebelahinya. Jika calon Mustapha Muhammad pula yang terpilih maka nampaknya jelaslah disini bahawa Annuar Musa kalah dalam membentuk pengaruh di dalam UMNO Kelantan.

Atau adakah wujud calon lain bagi tidak mengacau 'keharmonian' antara kedua-dua tokoh berkenaan? Yang pasti jika calon lain terpilih itu adalah nama yang lain daripada apa yang disenaraikan oleh Annuar Musa dan Mustapha Muhammad maka akan wujudlah kekacauan yang akan meruncingkan lagi keadaan di dalam rumah tangga UMNO Kelantan di dalam masa yang terdekat ini. Dan akan wujudlah acara 'pemboikotan' oleh kedua-dua tokoh berkenaan terhadap calon yang terpilih itu walaupun kedua-dua tokoh itu akan menyangkal dakwaan bahawa mereka memboikot !

Selain itu, saya juga ingin mengajak pembaca sekalian memerhatikan kenyataan bekas Ketua Umno Pasir Mas iaitu Zubaidah Awang Chik pada 11 Nov 2005 lalu yang mendakwa

"Anggota parti bahagian Pasir Mas kini menghadapi masalah dalaman yang serius termasuk pemilihan calon kerana perpaduan dalam parti (UMNO) belum berada pada tahap yang baik".

Jadi jelaslah di sini bahawa pergolakan yang berlaku di dalam UMNO Kelantan terutamanya di bahagian Pasir Mas sememangnya tidak boleh diselindungkan lagi. Malah saya juga dapat merasakan bahawa para pengundi di kawasan Pengkalan Pasir sudah matang di dalam memilih calon pada kali ini. Malah inilah juga cara yang terbaik untuk 'mengajar' kerajaan BN yang bertindak menaikkan harga minyak sebanyak 3 kali pada tahun ini !

"Kalau Nak Menurut Biar Berakal, Kalau Mengikut Biar Pintar"

Sekian.

Sila lawati http://amirulreza.2ya.com

Muslimat Setiap Negeri Perlu Hantar Petugas Bantu Calon PAS

Oleh SALMAH MAT HUSSAIN

PASIR MAS, 14 Nov (Hrkh) - Dewan Muslimat PAS setiap negeri disaran menghantar sekurang-kurangnya 100 petugas untuk membantu calon PAS pada pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir, 6 Disember ini.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Azizah Khatib Mat berkata, kehadiran mereka amat penting untuk membantu calon PAS yang bakal bertanding pada pilihan raya kecil itu nanti.

"Lagi ramai lagi baik, sebab pilihan raya kecil ni tak sama dengan pilihan raya umum perlawanannya lebih sengit sebab PAS akan berhadapan dengan semua jentera kerajaan Pusat dan bukan sahaja Umno dan Barisan Nasional (BN)," ujarnya ketika ditemui di Markaz Muslimat di Kubang Bemban, kelmarin.

Azizah berharap petugas terbabit hendaklah berada di Pasir Mas selewat-lewatnya 16 November ini. Selain itu beliau juga mengalu-alukan petugas individu yang ingin turut membantu jentera kempen muslimat.

"Saya berharap semua pimpinan Dewan Muslimat PAS Pusat turun untuk bersama-sama membantu jentera di peringkat bawah," katanya. Beliau juga berharap pengundi di DUN Pengkalan Pasir mengekalkan kemenangan calon PAS demi kesejahteraan rakyat di negeri ini.

Menurutnya, penduduk dapat menikmati ketenangan sebenar sejak kerajaan PAS mentadbir negeri Kelantan lebih 15 tahun lalu.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Senator Siti Zailah Mohd Yusof berharap pengundi di Pengkalan Pasir tidak mudah terpengaruh dengan janji-janji ditabur Umno dan Barisan Nasional (BN).

Katanya, pendekatan 'berhemah' yang kononnya mahu digunakan Umno hanyalah sebagai usaha untuk memancing undi dan memperlihatkan parti itu bersikap sederhana.

"Pengundi di Pengkalan Pasir seharusnya sedar taktik kotor yang sering dimainkan pihak lawan setiap kali pilihan raya diadakan," ujarnya.

Siti Zailah berkata, Umno tidak akan menggunakan pendekatan berkenaan, biar pun pengerusi perhubungannya menguar-uarkan perkara tersebut. "Sebenarnya sekiranya Umno menggunakan kaedah terbabit negara ini sudah lama dikuasai pembangkang.

"Tanpa ugutan dan politik wang sudah tentu rakyat tidak akan takut untuk memilih pembangkang kerana sedar banyak penyelewengan yang dilakukan," ujarnya.

Baru-baru ini, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Seri Annuar Musa berkata, pihaknya akan menggunakan pendekatan berhemah dalam kempen pilihan kecil Pengkalan Pasir.

Ustaz Kamalruzaman Semakin Pasti Jadi Calon BN?

PASIR MAS, 13 Nov (Hrkh) – Masalah calon kini dikatakan benar-benar menghantui Umno dan Barisan Nasional (BN) apabila parti itu sukar menepati kehendak Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi mendapat secepat mungkin senarai calon pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir.

Kekecewaan Presiden Umno dapat dilihat berdasar kepada kenyataan yang menyebut “kita mesti mengemukakan nama calon awal, kita tidak boleh tunggu lama-lama sangat. Itu yang penting,” katanya di Afrika Selatan kelmarin.
Rasa tidak puas hati Perdana Menteri dikesan lagi apabila menyebut, beliau tidak pasti sama ada Badan Perhubungan Umno Kelantan sudah menyenarai atau mengemukakan nama yang dicadangkan.

Sebelum ini bertiup kencang, Naib Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Johan Che Pa menjadi pilihan utama kepada Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Annuar Musa berbanding calon-calon lain termasuk Ketua Bahagian, Dato’ Abdul Rahim Abdul Rahman dan timbalannya, Hanafi Mamat.

Bagaimanapun mengikut sumber, Presiden Umno mahu mengetengahkan calon berkelulusan agama. Antara yang menjadi pilihan iaitu Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Mas / Tumpat, Ustaz Kamarulzaman Abdul Ghani dan fellow kanan Institut Kefahaman Islam Malaysia, Ustaz Othman Muhammadi.

Kedua-dua tokoh tersebut dikatakan cuba diketengahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Mustapa Mohamed. Bagaimanapun difahamkan ia kurang disenangi Annuar.

Menurut sumber, Mustapa berusaha mengetengahkan calon terbabit dan hari ini, ia terbukti apabila satu perjumpaan membabitkan beliau dan pegawai serta kakitangan kerajaan Pusat di mana sebahagian besar kalangan guru diadakan di Sekolah Kebangsaan Mekasar, Pasir Mas pagi tadi.

Katanya, tidak semua guru yang mengajar di Pasir Mas dijemput hadir pada perjumpaan tersebut. “Mereka yang hadir dipilih Pemuda Umno dan PPD kerana ia dianjurkan pihak berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun Annuar tidak kelihatan pada majlis itu, biarpun turut hadir ketua Umno bahagian Pasir Mas dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan.

Calon yang cuba diketengahkan iaitu Ustaz Kamarulzaman hadir dan berucap kepada kira-kira 300 jemputan yang hadir. Pemerhati politik melihat Mustapa cuba mengetegahkan lebih awal calon yang menjadi impian kepada Presiden, biar pun bertentangan dengan kehendak Annuar.

“Ini memandangkan di Kelantan sekarang tidak ada wakil rakyat yang berkelulusan agama bagi berdepan dengan wakil rakyat PAS di DUN, yang mana sebahagian besar mempunyai latar belakang berpendidikan agama.

“Kehadiran seorang ustaz diharap oleh Abdullah bagi berganding bahu dengan Adun Bukit Tuku dan Semerak yang sebelum ini boleh berhujah sedikit sebanyak dalam konteks agama,” ujarnya.

Difahamkan juga sebuah rumah yang dimiliki keluarga Kamarulzaman dijadikan pos Umno di Simpang Tiga Jias. Pos itu antara terawal yang dibuka di Pengkalan Pasir.

Mengulas isu tersebut, Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, mudah-mudahan Allah terus biarkan kecamuk melanda Umno dalam isu pemilihan calon mereka.

“Sebelum ini mereka membuat kecamuk kepada kita, sekarang Allah berikan pula kepada mereka kecamuk, ini sebagai satu pembalasan kepada mereka. Saya memang yakin keadaan kecamuk berlaku dalam Umno sekarang.

“Ini kerana target perjuangan mereka hanya untuk duniawi dan bukan Islam. Target mereka hendak cari perkara yang cepat. Sedangkan kita perjuangan Islam bagi mendapat keredhaan Allah di akhirat kelak.

“Siapa yang berkelayakan untuk membawa manusia di depan Tuhan di akhirat kelak. Nabi Muhammad Saw pesan jangan berebut menjadi ketua, Allah hanya akan serah kepada seseorang untuk memikul tugas itu kalau kita berebut, tetapi kalau tidak berebut maka Allah akan tolong kamu,” ujarnya ketika ditemui di pejabatnya, hari ini.

Ditanya mengenai calon PAS katanya, persediaan yang secukupnya sudah dibuat dan apabila tiba masanya ia akan umumkan. Harakahdaily.net difahamkan pengumuman calon PAS akan dibuat pada malam 25 November ini pada satu majlis ceramah di Markaz Besar PAS di Kampung Jias.

Pesanan Untuk Yang Berkempen Dan Panjat Pokok Pasang Poster. Bejuang Kerana ALLAH

ramlisdar menulis

Kemenangan adalah hak ALLAH. DIA beri kemenangan itu pada sesiapa yang DIA mahu. Tetapi usaha yang gigih, sistematik serta terator adalah perlu.

Pesanan Al Quran
Ketika sarapan pagi ini, sempat aku membuka Al Quran di samping menunggu isteri aku menghabiskan nasi lemak di sebuah restoran. Aku tertarik pada Surah 3 Ali Imran ayat 122 dan 123:

122: “ Ketika 2 golongan dari kamu ingin mundur kerana takut, pada hal Allah adalah penolong bagi kedua golongan itu. Kerana itu hendaklah kerana Allah saja orang2 mukmin bertawakkal.

123: “ Sungguh Allah telah menolong kamu dalam Peperangan Badar, pada hal kamu ketika itu adalah orang yang lemah. Kerana itu bertakwa lah kepada Allah supaya kamu mensyukuri NYA.

Ayat 122 dan 123 dari surah Ali Imran ini mengingatkan aku pada suatu cerita dalam sejarah yang sangat terkenal yang terdapat juga di dalam bible. Iaitu David and Goliath. Cerita ini juga di abadikan di dalam Al Quran agar umat Islam sentiasa beringat. Kemenangan itu hak Allah . DIA beri kemenangan itu kepada sesiapa yang DIA mahu. Tetapi perlu ada usaha, tawakkal dan juga takwa. Aku kutip ciri2 ini dari Al Quran, selain dari banyak lagi ciri2 yang lain. Yang jelas belum pernah lagi aku berjumpa jumlah atau ramai nya pejuang merupakan ciri yang amat perlu untuk menang. In fact Allah abadikan dalam Al Quran kejadian perang Hunain, untuk menjadikan pengajaran kepada umat Islam, di mana bila umat Islam bergantong pada selain dari Allah, maka di tarek nikmat dan kemenangan, walaupun dari segi statistic dan logik berdasar pada saiz tentera Islam, maka umat Islam sepatutnya mendapat kemenangan muklak. Di perang Hunain, ini jelas tawakkal umat Islam ketika itu adalah pada besar nya dan kuat nya tentera mereka. Tawakkal mereka pada ketika itu tidak lagi pada Allah.

Selain dari ciri yang aku sebut di atas, satu lagi ciri yang amat penting ialah, TAAT pada perintah, dalam menjalankan tugas. di bawah adalah satu teladan betapa penting nya taat dan menuruti perintah.

Surah Al Baqarah 249: “ Maka tatkala Talut keluar membawa tentera nya, ia berkata, “ sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan suatu sungai. Maka siapa yang meminum air nya, bukanlah dia dari pengikut aku. Dan barang siapa tiada meminumnya, kecuali menciduk seciduk tangan, maka dia adalah pengikut aku.” Kemudian mereka meminumnya kecuali beberapa orang di antara mereka. Maka tatkala Talut dan orang2 yang beriman bersama dia telah menyeberangi sungai itu, orang2 yang telah meminum berkata, “ tiada kesanggupan kami pada hari ini untuk melawan Jalut dan tentera nya.” Orang yang meyakini bahawa mereka akan bertemu Allah berkata “ Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang ramai dengan izin Allah.Dan Allah berserta orang yang sabar.

Al Baqarah 250: “ Tatkala mereka nampak Jalut dan tentera nya, mereka pun(Talut dan tentera nya)berdoa,. “ Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami, dan kukuhkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap orang2 kafir”

Perang Badar, Perang Hunain dan perang antara orang2 beriman yang di pimpin oleh Talut melawan tentera kafir Jalut patut kita jadikan panduan dalam perjuangan kita.

Kekuatan fizikal dan jumlah tidak mempunyai apa2 makna di sisi Allah. Buktinya ketika orang beriman merupakan majority dan mereka sangka dengan kekuatan dari segi ramai nya mereka dan persiapan senjata, maka pasti kemenangan akan memihak pada mereka, jelas terbukti mereka salah. Tetapi di ketika, mereka lemah dari segi persiapan peralatan dan jumlah tentera Allah beri mereka kemenangan. Di peperangan antara Talut dan Jalut, Ketua kafirin iaitu Jalut ditumpaskan oleh lastik dari Daud, yang hanya merupakan seorang kanak2. Jalut pula mengikut catitan sejarah adalah seorang perkasa yang bertubuh sasa lagi besar. Dalam bible saiz dia bagai seorang gergasi.

Bila di fikirkan keadaan perjuangan kita di Malaysia, serupa macam di Badar dan “kisah Talut dan Jalut” kalau di fikirkan memang susah kita nak menang. Yalah macam mana nak menang, bila Polis, SB, Tentera, SPR, Jabatan Pendaftaran, Pejabat Daerah, JKR, Jabatan Penerangan, TV3, NTV&, RTM dan lain2 jabatan dan media memehak pada UMNO di tambah dengan pengundi2 HANTU dan pengundi POS.

Di sinilah penting nya kita berusaha dengan teratur walaupun nampak memang sukar untuk menang. Yang memberi kemenangan, bukan lah usaha kita atau kekuatan kita yang berkempen mati2an. Tetapi yang memberi kemenangan ialah ALLAH. Sungguh pun begitu, usaha yang gigih lagi sistematik serta terator, perlu di teruskan. Insyaalah kemenangan tetap pada mereka yang beriman.

Nota: kisah Talut adalah satu pengajaran dan juga cerita tentang dugaan yang kadangkala perlu di hadapi oleh pejuang Islam. Perlu di ingati tentera Talut telah berjalan satu jarak yang jauh merentasi padang pasir yang panas terik. Tiba2 Allah duga mereka, dengan tidak di benarkan meminum kecuali seciduk air sahaja. Jelas majority dari tentera Talut gagal dalam ujian ini. Yang tinggal hanya satu jumlah orang beriman yang kecil yang akan berdepan dengan kerajaan Jalut yang memepunyai tentera yang besar dan senjata yang lengkap.

Masihkah Kau Ingat?

(Kalau dah dasar UMNO/BN tu memang cam tu lah...dulu, kini dan selamanya....)

3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim
Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

(Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan)
Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan.

(Kenyataan Mahathir pada 14 Julai 1992 kepada wartawan).
Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.

Ucapan Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 Umno bahagian Johor).
Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

Ucapan Mahathir pada 2 Mei 1992 di Papar Sabah).
Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa2 lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.


(Kenyataan Mahathir kepada para wartawan pada tahun 1994 selepas mesyuarat MT Umno)
Saya ingin memastikan bahawa negeri2 yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud.

(Ucapan Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan)
Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

(Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)
Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?

(Ucapan Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)
Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik.

(Kenyataan Najib Razak pada 20 April 1992 kepada para wartawan)
Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.

(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992)
"Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja."

(Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)
Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994)
"Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994)
Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994)
"Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini."

(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi Umno, 1994)
"Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)
"Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)
"Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam".

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)
"Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud."

(Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992)
"Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam."

(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991.
"Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."

(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992)
"Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak."

(Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992):
"Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992).
"Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama."

(Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994)
"Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam."

(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 15 Julai 1994).
"Jika semua urusan selesai dan kita puas hati sikap Israel, kita akan mengiktiraf negara itu."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994).
"Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam."

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 28/9/2001) Perhimpunan Agong Umno.
Malaysia telah diishtiharkan sebagai sebuah Negara Islam oleh Dr Mahathir ketika merasmikan Kongres Tahunan Partai Gerakan pada 28 September 2001 yang lalu.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 3/3/94)
'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 14/7/92)
'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 2/5/92)
'Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 1994)
'Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud ( hukum Islam)

(Dato' Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93)
'Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan'.

(Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99)
'Apa erti negara Islam jika mundur'.

Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 11/1/02 Berita Harian
“Malaysia adalah sebuah negara Islam sejak merdeka dan peniaga serta pelancong Jepun sudah melawat negara ini sejak itu lagi. “Kita tidak mengalami sebarang perubahan walau sedikitpun, lantas kebimbangan ini tidak berasas sama sekali,” katanya berucap pada majlis jamuan meraikan rakan sejawatannya dari Jepun, Junichiro Koizumi di Seri Perdana di sini malam ini.

Firman Allah SWT: "Maka demi Tuhanmu mereka (pada hakikatnya) tidaklah beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim Allah swt." (al-An'am:57)

Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang kafir" (al-Maidah: 44)

Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang zalim" (al-Maidah:45)

Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang fasiq" (al-Maidah:47)

Firman Allah SWT: "Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik dari hukum Allah bagi orang-orang yang yakin?" (al-Maidah:50)

MENGHINA SUNNAH - BERJANGGUT
(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997)
"Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar? Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa). Di zaman itu nak cukur pun mudah ke?

Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...(di) padang pasir".


MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGGALAKKAN RATU CANTIK
(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
"Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam".

(Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO).
Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat".

(Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997)
Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas: "Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa".

Allah berfirman: "Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka.( An-Nuur:31)

Sesungguhnya termasuk ahli neraka, iaitu perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat….mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya (Muslim)

MENGHINA DAN MEMECAT ULAMA'
(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997)
"Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato' Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama', macam-macam ulama' ada."Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama' jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa 'ulama' adalah waris nabi'. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih."

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC)
"Ajaran ulama' inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka".

Allah kata (berfirman): "Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hambaNya hanyalah ulama'" (Mafhum al-Quran, Surah al-Fathir:28)

Rasullullah bersabda:
"Ulama' itu waris sekalian para Nabi"

"Ulama' itu pelita-pelita bumi, pengganti-pengganti Nabi

"Ulama' itu para pemegang amanat Allah atas segenap makhlukNya" (Muslim)

Lanjutan dari gesaan Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah.

MENGIZINKAN MAKSIAT MEMBELA ORANG BUAT MAKSIAT
Dato' Seri Abdullah Ahamd Badawi Jun 2001
Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar Jun 2001
Menyifatkan bahawa tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang.

Dato' Rais Yatim Jun 2001
Mengkritik tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan Jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub "The Ship" di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras : "Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya," katanya.

JAIS
Enakmen Jenayah Syariah Selangor, No.9 thn 1995 menerusi Seksyen 10, menetapkan mana-mana orang Islam yang memilikki, menyimpan atau menjual bahan yang menghina Islam boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun atau denda lima ribu ringgit atau kedua-duanya sekali. Hukuman bagi penjual atau pemilik bukan Islam akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri, KDN.

MENGHINA SEKOLAH AGAMA DAN PELAJAR ALIRAN AGAMA ISLAM
Dr Mahathir 20hb Julai, 2001
Mengenai gejala kumpulan Black Metal yang memikat muda-mudi Islam dengan muzik yang menyeronokkan dan membawa mereka ke jalan murtad, memijak Al Quran dan memuja syaitan, Dr Mahathir cuba mencemarkan imej sekolah-sekolah agama Islam dengan memberi gambaran ( tanpa bukti ) bahawa kebanyakkan murid-murid sekolah yang terjebak dalam gejala tersebut terdiri dari murid-murid sekolah agama.

Dr Mahathir telah merayu kepada ibu bapa supaya memastikan anak-anak mereka tidak terjebak dalam gejala Black Metal itu, tetapi ramai orang Melayu telah ketawa sinis kerana mereka tidak mudah lupa bahawa hobi kegemaran Dr Mahathir adalah menghina dan memperlekehkan Al Quran. Apa bedzanya antara Dr Mahathir yang menghina Al Quran dengan kumpulan Black Metal yang memijak Al Quran?


UMNO MENDORONG ORANG LAIN SUPAYA MENGHINA ISLAM
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Hrkh)
- Persatuan Ulama Kedah (PUK) hari ini membuat laporan kepada Bahagian Penguatkuasaan dan Pendakwaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi), berhubung dua artikel yang disiarkan akhbar 'The Sun' pada 14 Julai 1999 dan 21 Februari 2001 yang didakwa menghina Islam, mempersenda kitab suci al-Quran dan menghina institusi agama Islam di negara ini. Dua artikel yang bertajuk 'Now, the the mufti blame Hindi film' yang disiarkan pada 21 Feb lepas serta 'Death for Apostates Unjust', pada 14 Julai 1999 lalu, menggambarkan penulisnya, Akbar Ali, menghina dan mempertikaikan syariat Islam.

Kenderaan Disediakan Untuk Pengundi Pengkalan Pasir Di Lembah Klang

SHAH ALAM, 11 Nov (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengalu-alukan pengundi yang bekerja sekitar Lembah Klang supaya dapat menghubungi hotline 03-55134180 bagi memudahkan Pemuda PAS Selangor menyelaraskan urusan kenderaan untuk mereka pulang mengundi di Pengkalan Pasir, pada 6 Disember ini.

Setiausahanya, Azri Mohamad Arish berjanji, Dewan Pemuda akan berusaha membantu apa sahaja keperluan bagi membantu mereka yang ingin pulang ke kampung mengundi di Dun Pengkalan Pasir.
Di samping itu katanya, DPPNS juga membuka tabung pilihan raya kecil Dun N.12 Pengkalan Pasir iaitu melalui akaun Bank Islam, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor bernombor, 12010010017098.

"Kami menyeru mana-mana pihak yang ingin membuat sumbangan dan derma mengbungi Bendahari DPPNS, 012-3912867 atau Pengarah Jentera Pemuda Perkasa, 013-3928140 atau Pejabat DPPNS, 03-55134180 atau emel : dppns@yahoo.com,".

Sebarang sumbangan akan kami gunakan bagi membantu jentera pilihan raya kecil tersebut. "Kami memerlukan juga kewangan untuk di salurkan kepada jentera pilihan raya" kata Azri.

Pengkalan Pasir: Taktik Kotor Umno Bermula

Beberapa hari lalu Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan kononnya telah mencabar Kerajaan PAS Kelantan agar menjalankan kempen pilihanraya bagi pilihanraya kecil DUN Pengkalan Pasir secara bersih. Akhbar THE STAR melaporkan Annuar Musa sebagai berkata:

Conduct the campaign in a clean and mature manner
Jalankan kempen secara matang dan bersih

Hari ini tak sampai beberapa hari cabaran itu dilontarkan rupa-rupanya sedar tak sedar Umno sendiri telah memulakan kempen secara kotor dan kurang matang.

Timbalan Presiden Umno Najib Tun Razak telah hadir di majlis rumah terbuka hari raya Umno Kelantan di Pasir Mas. Lebih macam rumah pilihanraya terbuka dari rumah hari raya terbuka nampak-nampaknya. Tak cukup dengan itu Najib dengan terang-terang menggula-gulakan rasuah politik pertama kepada pengundi di Pengkalan Pasir:

Undi Umno dan jika kami menang ini merupakan petanda kemenangan merampas kembali kerajaan Kelantan dan kelak sebuah univesiti akan didirikan di sini.

Akhbar media perdana seperti biasa dijangka menjadi jurucakap Umno BN sepanjang tempuh berkempen sehinggalah hari mengundi pada 6 Disember kelak. Tak adalah modal lain selain menuduh kerajaan PAS Kelantan gagal membawa pembangunan, satu pertuduhan yang lapok yang telah dijaja sejak PAS berkuasa kira-kira 15 tahun lalu.

Apa pun bagi 18,411 orang pengundi berdaftar di DUN berkenaan eloklah merenung dan memikirkan pesanan Tok Guru Menteri Besar Kelantan sebagaimana dilaporkan oleh NST hari ini:

The people should put their trust in PAS as the party had never swayed from its principles or struggle.

Rakyat seharusnya meletakkan kepercayaan kepada PAS kerana parti ini tidak pernah menyimpang dari prinsip dan dasar perjuangannya.

I pray that voters will elect an assemblyman that will bring them peace and harmony in this world and the hereafter.

Saya berdoa agar para pengundi akan memilih ADUN yang akan memberikan mereka keamanan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat.


Undilah dengan keimanan bukan dengan perasaan, insyallah.

Sila ke BLOG Roslan SMS
http://n32.blogspot.com/

Beza Satu Kerusi, Tidak Ganggu Pentadbiran Kerajaan – Speaker

KOTA BHARU, 10 Nov (Hrkh) – Speaker DUN Kelantan menjelaskan tidak ada perbezaan yang ketara terhadap parti yang menang dengan ‘majoriti mudah’ (simple majority) mentadbir kerajaan, biar pun bilangan kerusinya berkurangan.

Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, majoriti dengan kelebihan satu, dua atau tiga kerusi tidak menggugat sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini sekarang.

“Dari segi pentadbiran kerajaan tidak ada perbezaan yang begitu ketara sangat bagi parti yang menang dengan majoriti mudah seperti dialami di Kelantan sekarang.

“Mana-mana enakmen dibawa ke persidangan DUN boleh dilulus tanpa sebarang masalah kerana sudah menjadi amalan Speaker meminta setiap ahli dewan menyatakan persetujuan sebelum enakmen itu diluluskan,” katanya di sini.

Bagaimanapun kata beliau sekiranya timbul berbelah bagi di kalangan ahli dewan sebelum kelulusan dibuat, Speaker boleh meminta setiap ahli menyatakan persetujuan seorang demi seorang.

Harakah keluaran terbaru yang berada di pasaran sekarang menyiarkan kenyataan Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk tidak membubarkan dewan sekiranya wujud perbezaan satu kerusi di antara wakil rakyat kerajaan dan pembangkang.

Situasi yang berlaku di Kelantan sekarang hampir sama dialami Parti Buruh yang memerintah New Zealand sekarang, di mana parti itu hanya menang 51 daripada 120 kerusi diperuntukan.

Bagaimanapun parti itu masih dapat mentadbir kerajaan dengan ‘simple majority’. Dan keadaan kerajaan di negara itu bertambah kukuh apabila Parti Buruh mengadakan kerjasama parti kecil iaitu Green Party dan First Party.

Lebih istimewa lagi kerana kedua-dua parti itu tidak berada dalam kerajaan yang dibentuk Parti Buruh. Pentadbiran negara itu berjalan tanpa sebarang masalah.

Wan Abdul Rahim yang juga Timbalan Pengarah II, Jabatan Pilihan raya PAS Pusat turut berada di New Zealand ketika pilihan raya negara itu berlangsung September lalu sebagai anggota pemantau dari luar.

Katanya, situasi yang berlaku di Kelantan dan New Zealand bukan perkara asing kerana ia menjadi kebiasaan bagi mana-mana negara yang tidak dapat mendapat majoriti dua pertiga bagi membentuk kerajaan.

Ditanya sekiranya ditimbulkan usul tidak percaya terhadap kerajaan, Wan Abdul Rahim berkata, beliau akan melihat terlebih dahulu alasan yang dikemukakan.

“Adalah menjadi hak Speaker untuk membuat keputusan menerima atau menolak setiap usul yang dikemukakan sama ada daripada pihak kerajaan atau pembangkang,” katanya.

Menurutnya bagi usul biasa, ia perlu dikemukakan dalam tempoh dua minggu, manakala usul luar biasa ia boleh dikemukakan dengan meminta penangguhan sementara persidangan dewan bagi membincangkan usul tersebut.

Pengajaran Daripada PRU2004

Pilihan Raya Kecil Pengkalan Pasir akan berlangsung tidak lama lagi. Dalam PRU2004, PAS memenangi kerusi DU tersebut dengan kelebihan undi hanya sebanyak 55 undi.

Menyedari penipuan besar-besaran yang dilakukan oleh UMNO dan kerajaan BN dalam PRU tersebut, yang melibatkan pelbagai agensi Kerajaan dan semi Kerajaan, seperti Suruhanjaya Pilihanraya, Jabatan Pendaftaran Negara, Polis dan mass media, apakah PAS sudah mengambil pengajaran dan berusaha mengatasi penipuan berkenaan?

Tentulah banyak faktor yang menyebabkan kekalahan PAS dalam PRU2004 yang lalu. Akan tetapi, salah satu faktor utamanya ialah penipuan yang tidak ada tolak bandingnya dalam sejarah PRU di negara ini.

Tidak semua unsur-unsur penipuan ini boleh ditangani oleh PAS dengan mudah, tetapi terdapat unsur-unsur yang mungkin boleh dikurangkan kesannya terhadap keputusan pilihanraya kecil ini. Salah satu daripadanya ialah Senarai Pendaftaran Penggundi.

Dalam pilihanraya kecil ini, nampaknya senarai yang digunakan dalam PRU2004 lalu akan digunakan dengan dikemas kini. Kalau Terengganu boleh dijadikan sebagai rujukan, dapatlah dipastikan bahawa senarai inilah tempat berlakunya penipuan paling besar.

Contoh hidup yang boleh diberikan di sini ialah kes peti undi Kampong Penang dalam DUN Bukit Besi, Dungun. Senarai Pengundi yang disediakan oleh SPR untuk peti undi ini pada 2004 mengandungi seramai kira-kira 500 orang pengundi berdaftar. Bilangan ini bertambah kira-kira 150 orang pengundi berbanding senarai untuk pilihanraya sebelumnya, 1999.

Apabila diteliti, timbul beberapa tanda tanya dan fakta. Pertama, apakah sebuah kampong seperti Kampong Penang itu munasabah menerima tambahan pengundi sebesar itu, kira-kira 40%. Tanpa pembangunan yang ketara di kampong berkenaan, adalah hampir mustahil untuk mendapat penambahan pengundi yang sedemikian besar. Kedua, apabila nama-nama dalam senarai itu disemak, didapati nama kira-kira 150 orang pengundi tidak dikenali. Kalau hendak dikatakan nama-nama tambahan itu merupakan anak-anak muda tempatan yang berada di luar kawasan dan berdaftar untuk mengundi di kampong mereka, mereka tidak dikenali oleh penduduk kampong. Nama-nama inilah yang digunakan sama ada oleh pengundi-pengundi dari luar yang dibawa masuk oleh UMNO/BN pada hari mengundi atau pengundi-pengundi tempatan yang diupah untuk mengundi lebih daripada satu kali.

Kalau satu kawasan peti undi seperti di Kampong Penang boleh menampung kira-kira 120 pengundi "hantu", maka tidak hairanlah kalau seluruh kawasan DUN Bukit Besi mempunyai bilangan pengundi "tambahan" sebanyak kira-kira 3000 orang dan kawasan Parlimen Dungun mempunyai bilangan pengundi "tambahan" seramai kira-kira 10000 orang. Angka-angka inilah lebih kurang merupakan bilangan majoriti kemenangan UMNO/BN di Dungun, khususnya bagi DUN Bukit Besi dan Parlimen Dungun.

PAS perlulah mengatasi penipuan ini dalam pilihanraya kecil ini. Adalah dipercayai Jawatankuasa Posmortem PRU2004 telah mengambil langkah-lanhkah yang sewajarnya bagi mengatasi penipuan jenis ini.

Satu perkara lain yang perlu diberi perhatian serius oleh PAS ialah mengenai Peti Undi itu sendiri. Malaysia didapati adalah di antara negara dunia yang masih mengguna peti undi yang tidak telus (tidak transparent). Dengan cat hitamnya, sesetengah peti undi itu nampaknya tidak pernah ditukar sejak Malaysia mengadakan pilihanraya umum, seolah-olah peti-peti tersebut mempunyai "hikmat"nya yang tersendiri. Banyak perkara yang mencurigakan boleh berlaku dengan peti besi yang demikian. Oleh itu, SPR perlulah didesak supaya menukarkan peti-peti besi itu dengan peti-peti undi yang telus dan lebih memberi keyakinan.

Dalam semua hal ini, usaha dan desakan hendaklah dibuat dengan gigih dan berterusan supaya pilihanraya di negara ini benar-benar menepati ciri-ciri demokrasi yang tulin. Patutlah disedari, UMNO/BN selamanya akan berusaha untuk memenangi pilihanraya dengan apa cara sekali pun. Kalau itulah di antara penipuan yang dilakukan pada masa lalu, adalah dipercayai selesai sahaja PRU2004, UMNO/BN sudah pun memikirkan bagaimana untuk memenangi pilihanraya akan datang dengan pelbagai penipuan yang baru. PAS patutlah berfikir selangkah lebih kedepan daripada UMNO/BN dalam hal ini dan hal-hal lain juga. - benzaini

www.tranungkite.net

PRK N.12 Pengkalan Pasir: Medan Ujian

Assalamu'alaikum warahmatullah..
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar..WalilLah hilhamd

Umat Islam baru selesai menamatkan pengajian di madrasah Ramadhan dan lahir sebagai insan yang telah berjaya menempuh ujian dan pentarbiyyahan sebagai muslim sejati yang mantap dari segi kesabaran, keimanan dan ketaqwaan.

Sesungguhnya, Ramadhan 1426H kali ini menyaksikan perjuangan Islam di Kelantan sekali lagi diuji dengan ujian yang cukup mencabar, bila mana lebih setahun yang lalu, para pendokong dan penggerak perjuangan Islam telah dikejutkan dengan ujian Allah yang cukup hebat apabila PAS hampir rebah di bumi Kelantan dalam Pilihan Raya Umum April 2004 lalu.

Kemenangan tipis PAS dengan hanya 24 kerusi DUN, daripada 45 kerusi DUN Kelantan telah memberi isyarat cemas yang mencabar kedudukan Kerajaan Negeri Kelantan. Namun, hasil doa dan munajat seluruh pencinta perjuangan Islam di Malaysia, PAS terus menapak dan mengukuhkan pentadbiran Islam di Kelantan walaupun dengan kelebihan 3 kerusi.

Ujian yang mendatang menjelang saat umat Islam di Kelantan menyambut Hari Raya Aidil Fitri telah mengejutkan banyak pihak. Pemergian ADUN Pengkalan Pasir pada 27 Ramadhan lalu telah membawa berita duka, sedih dan getir kepada semua pejuang Islam.

Kerusi PAS Kelantan di DUN tiba-tiba hilang menjadi 23 kerusi dan hanya kelebihan 2 kerusi berbanding BN. Atas kertas, percaturan politik BN meletakkan kelebihan kepada mereka dan Anuar Musa mungkin sedang berfikir untuk menubuhkan Kerajaan dengan hanya membuat percaturan sama ada mempengaruhi seorang ADUN PAS menyertai BN atau taktik kotor lain yang halal bagi UMNO demi mencapai matlamat untuk mengetuai Kerajaan BN Kelantan.

PAS tidak boleh alpa. Medan ujian kedua selepas Ramadhan yang cukup-cukup mencabar telah tersedia di depan. Semangat dari Badar Kubra masih lagi hangat. Jangan biarkan kehangatan semangat Ramadhan dan Badar Kubra melenyapkan cita-cita kita untuk mempertahankan Islam di Kelantan.

Usah gentar, usah gelisah, ayuh wahai para pejuang, medan sebenar terbuka untuk anda. Persiapkan diri dengan kelengkapan fizikal dan rohani. Marilah sama-sama kita memerangi jahiliyah moden UMNO/BN, meruntuhkan kebatilan, memastikan penerusan pentadbiran Islam di Kelantan. Kekalkan Pengkalan Pasir sebagai Pengkalan ISLAM, Pengkalan PAS. Pertahankan ia dari diceroboh. Kekalkan kepimpinan ulamak di Kelantan.

Ayuh saudara muslimin muslimat yang cintakan perjuangan Islam, marilah kita sama-sama dalam satu tekad dan satu hati, bantulah, sumbanglah apa sahaja yang anda mampu, harta benda, jiwa raga, doa dan munajat untuk pertahankan Islam di Kelantan, pertahan dan kekalkan Pengkalan Pasir sebagai milik PAS, milik ISLAM. Takbir3x.

Kunjungi laman web khas PRK DUN Pengkalan Pasir http://pengkalan.tblog.com/

Latarbelakang Dewan Undangan Negeri N.12 Pengkalan Pasir

Ia merupakan sebuah kawasan yang terletak dalam Parlimen Pasir Mas, Kelantan. DUN ini adalah salah satu daripada 3 DUN yang berada dalam parlimen Pasir Mas.

Kedudukan DUN ini ialah bersempadanan dengan tebing Sungai Kelantan di selatan, DUN N.14 Meranti (parlimen Rantau Panjang) di utara dan DUN Tendong di timurnya.

Kedudukan politik N.12 Pengkalan Pasir merupakan DUN pertarungan PAS-UMNO silih berganti. Pada tahun 1974, atas nama DUN Bandar Pasir Mas, ia diwakili oleh PAS.

Suasana politik berubah selepas darurat 1978 apabila pada pilihan raya 11 Mac 1978, DUN tersebut kembali dikuasai oleh BN sehinggalah Pilihan Raya Umum 1990. Mulai 1990 hingga pilihan raya umum lalu, DUN Pengkalan Pasir kekal di kuasai oleh PAS.

Dari segi geo-politik, Pengkalan Pasir terletak ditengah bandar Pasir Mas dalam kawasan Majlis Daerah Pasir Mas.

Komposisi pengundi bagi tahun 2005 ialah sejumlah 18,600 iaitu 94.8% Melayu dan 5.2% Cina. Tumpuan utama pengundi Cina adalah di pusat bandar Pasir Mas iaitu dalam dua Daerah Mengundi, Pengkalan Pasir dan Jalan Pasir Pekan serta Daerah Mengundi Sakar, bersempadan dengan DUN Tendong.

Keputusan Pilihan Raya Umum 1990, 1995, 1999 dan 2004 memihak kepada PAS. Pada pilihan raya umum lalu, PAS menang dengan undi sebanyak 7168 dan BN, 7112 iaitu majoriti 56 undi.

Laman web khas PRK DUN Pengkalan Pasir http://pengkalan.tblog.com/

Gerakkan Jentera Penerangan Bantu Pengkalan Pasir - Ahmad Awang


SEMANGGOL, Perak, 7 Nov (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Haji Ahmad Awang mengarahkan semua jentera penerangan PAS seluruh negara digerakkan segera bagi membantu PAS dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir, Kelantan yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Katanya, persediaan mereka hendaklah dibuat dari sekarang untuk membolehkan mereka dihantar ke sana.

"Anggota penerangan peringkat pusat, Badan Perhubungan PAS negeri, Dewan Pemuda PAS, Dewan Muslimat dan Nisa' di negeri-negeri harus melengkapkan diri segera untuk turun padang di sepanjang kempen sehingga ke hari mengundi di Kelantan itu nanti," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Perak menyatakan demikian selepas menyampaikan Sumbangan Bantuan dan Duitraya Sempena Aidilfitri di Kuliah Tasawwur Islami, Simpang Empat Semanggol (BAKTI) disini.

Seramai 300 orang yang layak telah menerima bantuan di majlis yang dianjurkan setiap tahun tersebut.

Adun Pengkalan Pasir, Kelantan Allahyarham Wan Abdul Aziz Wan Jaafar 55, telah meninggal dunia kerana kanser hati di Pusat Perubatan Kota Bharu (KBMC) pada 6.30 pagi 31 Oktober lalu.

Mengikut peraturan yang ada, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) diberi tempoh 60 hari dari tarikh pemakluman rasmi kekosongan kerusi DUN.

Media mulakan perang
Memandangkan pihak media Umno telah mula menjalankan 'perang' dalam berita-berita mereka, jentera penerangan PAS haruslah juga bersedia menangkis segala tohmahan dan dakwaan palsu mereka mulai dari sekarang, ujarnya.

"Walau pun pilihanraya belum lagi diisytiharkan oleh SPR tapi pihak media BN seolah-olah telah pun memulakan kempen mereka menghentam parti kita," ujar beliau.

Bagi negeri Perak, katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Perak, beliau akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan perancangan untuk membantu PAS Kelantan.

Beliau berpendapat, pilihan raya ini adalah satu ujian besar samada kepada PAS Kelantan khasnya atau BN. Ini kerana majoriti kecil yang diperolehi PAS dalam pilihan raya umum lalu.

"Walau bagaimana pun, saya yakin dengan kerja keras dari segenap penjuru dan tenaga, DUN Pengkalan Pasir akan dapat kita tawan semula," katanya.

Ini berdasarkan prestasi baik yang ditunjukkan Kelantan di bawah pimpinan Tuan Guru Nik Aziz serta pelbagai pembaharuan yang dilakukan beliau dan barisan Exconya, kata beliau.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan BN agar pilihanraya kecil ini berjalan dengan telus tanpa dirosakkan dengan apa-apa insiden negatif.

"Kali ini rakyat ingin melihat SPR membuat kerjanya dengan betul dan amanah dalam mengadilikan tugas-tugasnya untuk mengelakkan dari berulang lagi perbuatan pelbagai jenis penipuan dari teknik dalaman sehingga dapat dilihat dengan terang-terang," ujar beliau.

PAS Pahang hantar jentera
Sementara itu, di BANDAR JENGKA, Pahang, Pesuruhjaya PAS Pahang memaklumkan, PAS Pahang akan menghantar pasukan petugas pilihan rayanya bagi membantu PAS Kelantan dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir.

Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan perkara itu dalam satu majlis menyampai sumbangan kepada warga Emas, Anak Yatim dan Armalah di Felda Siantan (Jengka 19).

Menurutnya, seperti masa lalu, PAS Pahang tidak ketinggalan menghantar petugasnya dalam semua pilihan raya kecil yang disertai PAS di Malaysia Timur (Sarawak).

Katanya selain membantu jentera pilihan raya PAS Kelantan, para petugas PAS itu juga berpeluang menimba ilmu dan pengalaman daripada jentera pilihan raya PAS Kelantan yang lebih berpengalaman.

Dalam raya umum March 2004, Wan Abdul Aziz Jafaar mengalahkan calon barisan Nasional (BN) Hanafi Mamat dengan majoriti mudah 56 undi, Calon BN memperolehi undi 7112 manakala Wan Abdul Aziz memperolehi 7168 undi. Jumlah undi rosak ialah 196, Jumlah peratus pengundian ialah 77.64 peratus.

Pada majlis sama Tuan Ibrahim menyampaikan sumbangan beras dan wang tunai kepada 43 penerima dari kalangan penduduk di Felda berkenaan. - Ekmal Yusof

Untuk Pilihan Raya Kerusi DUN N12 Pengkalan Pasir

Pilihanraya Pengkalan Pasir mungkin menjadi penentu kepada masa depan PAS di Kelantan. Walaupun kita tetap pada kelebihan satu kerusi DUN jika kalah pilihanraya ini, namun politik kotor UMNO memungkinkan mereka menguasai negeri sekiranya menang pilihanraya ini hanya dengan merasuah/mengugut/membunuh satu ADUN untuk mendapat kuasa. Oleh itu kita perlu menggunakan isu2 yg dekat di hati rakyat Kelantan untuk sama2 menolak UMNO pada pilihanraya nanti walaupun mereka akan diuji dan dihujani dengan habuan wang ringgit dan harta benda oleh pihak UMNO.

Antara Isu2 yg boleh diketengahkan:

1) Pergolakan dalam UMNO Kelantan sendiri antara Mustapha Mohd and Annuar Musa. Jika pemimpin negeri sendiri bercakaran sesame sendiri dan tetap dengan politik ‘cah keting’untuk kesenangan masing2 siapa pula yang hendak menjaga kebajikan rakyat jika diorg menang/dpt memerintah.

2) Isu Annuar Musa dan jutaan ringgit wang PPRT yang hilang. Jika wang untuk rakyat termiskin boleh lenyap ketika Annuar Musa menjadi Menteri Luar Bandar dan sehingga kini kes ini belum selesai, siapa boleh jamin wang untuk kebajikan rakyat Kelantan tidak dirembatnya sekali kalau UMNO dapat menang pilihanraya/memerintah Kelantan. Annuar adalah Ketua Perhubungan UMNO Kelantan sekarang setelah menjatuhkan Tok Pa.

3) Isu Annuar dan dakwaan Kelantan terlibat dalam isu PULO. Jelas Annuar tidak memikirkan keselamatan negeri dan rakyat Kelantan ketika menuduh kerajaan Kelantan terlibat dengan isu di selatan Thai. Annuar lebih mementingkan dirinya untuk popular daripada nasib rakyat Kelantan jika pihak Thailand memandang serius dakwaan itu.

4) Isu Annuar dan banjir di Kota Bharu. Beliau bersuka ria bercuti di luar Negara ketika banjir teruk dan hujan lebat di Kota Bharu tahun lepas walaupun telah diberitahu tentang berita itu. Seorang pemimpin sejati akan terus pulang atau sekurang2nya memendekkan cutinya untuk bersama2 dan menolong rakyatnya dalam kesusahan. Annuar tiada sifat sebegini. Mahukah rakyat Kelantan mempunyai pemimpin sebegini?

5) Isu Ibrahim Ali yang dijatuhkan secara tidak adil oleh orang dalam UMNO sendiri kerana perebutan kuasa. (Isu ini untuk memecahkan undi pengundi UMNO kepada dua – calon Bebas dan calon UMNO). Jika orang yg banyak berjasa kepada UMNO di Kelantan boleh dibuang begitu saja, apalah nasib rakyat biasa untuk mendapat pembelaan.

6) Isu Islam Hadhari dan Islam yang sebenar. Perbezaan dan pertentangan – rakyat Kelantan kebanyakannya celik agama jadi isu ini memang penting bagi mereka. Contoh kecelaruan Islam Hadhari – kes tangkapan di Zouk yg dibantah kerajaan (tanda tidak ikhlas mengamalkan Islam), isu sumbang mahram dan kes rogol/bunuh berleluasa akibat keruntuhan akhlak masyarakat.

7) Rasuah yang tetap tidak dibenteras walaupun Pak Lah kononnya beria2 mau membasmi rasuah tapi setakat ini cakap tak serupa bikin, hanya luarannya nampak baik dan cuba tegas, dalaman kecut perut nak menangkap rakan2 seperjuangannya yg salah..siapa kisah dgn Kasitah Gaddam, etc yg ditangkap sedangkan kepala2 rasuah seperti Rafidah dan sebagainya walaupun telah dibuat laporan polis tidak pernah diambil tindakan sehingga kini.

8) Isu Bahasa Inggeris di sekolah2 yg memakan diri dan masa depan oranng Melayu sendiri. Tiada kajian dibuat dan bila ada pertentangan pendapat, tiada perubahan mahu dilakukan untuk menukar semula pengajaran ke Bahasa Melayu.Kita menggadaikan nasib dan masa depan anak kita sendiri sekiranya berterusan mengundi UMNO.

9) Isu gejala sosial, keruntuhan moral, jenayah dan mcm2 lagi yg boleh diselesaikan jika kita kembali kepada ajaran Islam. Namun UMNO menutup jalan penyelesaian ini, contohnya dengan menutup Sekolah2 agama Rakyat (SAR) di Kelantan dan sebagainya padahal sekolah beginilah yg boleh membimbing anak2 dan memberi pendidikan alternative kepada anak2 kita kerana kelemahan sukatan pelajaran sekolah kerajaan.

10) Lain2 isu yg sebenarnya terlalu banyak untuk saya huraikan satu persatu. Namun isu yg berkaitan terus dgn rakyat Kelantan dan isu agama/moral sentiasa dekat di hati dan dipandang serius oleh rakyat Kelantan, jadi sangat berkesan untuk diketengahkan seperti list di atas.

Adalah penting untuk nama2 besar dalam dunia politik Msia turun ke Pasir Mas ketika pilihanraya ini termasuk Anwar Ibrahim, etc…also Wan Azizah (favourite) – untuk menarik pengundi perempuan selain saf kepimpinan PAS sendiri untuk menarik lebih ramai pengundi dan menggerunkan parti lawan yg sudah tentu akan menggunakan segala jentera kerajaan untuk memenangi pilihanraya.

PAS dan Keadilan perlu menurunkan banyak ahli Wanita dan Muslimat sepanjang pilihanraya ini untuk berjumpa pengundi wanita, kerana kita tahu Puteri UMNO memang bergiat aktif dalam bab ini dan kita mesti menandingi mereka.

Penyokong PAS dari golongan profesional/terpelajar/mahasiswa perlu turut menjadi peraih undi untuk PAS kerana majoriti rakyat Kelantan lebih cenderung kepada nasihat dan kata2 org berpendidikan tinggi dan berjaya daripada mendengar rayuan undi wanita KEMAS, contohnya.

Langkah berjaga2 perlu diambil sepanjang tempoh sebelum pilihanraya utk mengelakkan sebarang kekacauan dan fitnah yg timbul oleh pihak UMNO kerana ia akan dimanipulasi oleh media untuk kelebihan mereka. Mungkin sepasukan pemerhati/penyiasat perlu dilantik untuk mengesan/menangkap pengundi hantu dan any foul play di sepanjang proses p/raya nanti.

Good luck. Hanya cadangan. Saya pasti pihak PAS dak kerajaan Kelantan sudah menyusun strategi2 untuk p/raya ini. All the best!! Untuk rakyat Kelantan lain2, sama2lah kita turun ke Pasir Mas untuk turut serta memancing undi dan menyokong kerajaan negeri kita untuk memenangi pilihanraya kali ini.Sekian. - gee

www.tranungkite.net