Politik dan Pilihanraya

PRK N.12 Pengkalan Pasir: Medan Ujian

Assalamu'alaikum warahmatullah..
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar..WalilLah hilhamd

Umat Islam baru selesai menamatkan pengajian di madrasah Ramadhan dan lahir sebagai insan yang telah berjaya menempuh ujian dan pentarbiyyahan sebagai muslim sejati yang mantap dari segi kesabaran, keimanan dan ketaqwaan.

Sesungguhnya, Ramadhan 1426H kali ini menyaksikan perjuangan Islam di Kelantan sekali lagi diuji dengan ujian yang cukup mencabar, bila mana lebih setahun yang lalu, para pendokong dan penggerak perjuangan Islam telah dikejutkan dengan ujian Allah yang cukup hebat apabila PAS hampir rebah di bumi Kelantan dalam Pilihan Raya Umum April 2004 lalu.

Kemenangan tipis PAS dengan hanya 24 kerusi DUN, daripada 45 kerusi DUN Kelantan telah memberi isyarat cemas yang mencabar kedudukan Kerajaan Negeri Kelantan. Namun, hasil doa dan munajat seluruh pencinta perjuangan Islam di Malaysia, PAS terus menapak dan mengukuhkan pentadbiran Islam di Kelantan walaupun dengan kelebihan 3 kerusi.

Ujian yang mendatang menjelang saat umat Islam di Kelantan menyambut Hari Raya Aidil Fitri telah mengejutkan banyak pihak. Pemergian ADUN Pengkalan Pasir pada 27 Ramadhan lalu telah membawa berita duka, sedih dan getir kepada semua pejuang Islam.

Kerusi PAS Kelantan di DUN tiba-tiba hilang menjadi 23 kerusi dan hanya kelebihan 2 kerusi berbanding BN. Atas kertas, percaturan politik BN meletakkan kelebihan kepada mereka dan Anuar Musa mungkin sedang berfikir untuk menubuhkan Kerajaan dengan hanya membuat percaturan sama ada mempengaruhi seorang ADUN PAS menyertai BN atau taktik kotor lain yang halal bagi UMNO demi mencapai matlamat untuk mengetuai Kerajaan BN Kelantan.

PAS tidak boleh alpa. Medan ujian kedua selepas Ramadhan yang cukup-cukup mencabar telah tersedia di depan. Semangat dari Badar Kubra masih lagi hangat. Jangan biarkan kehangatan semangat Ramadhan dan Badar Kubra melenyapkan cita-cita kita untuk mempertahankan Islam di Kelantan.

Usah gentar, usah gelisah, ayuh wahai para pejuang, medan sebenar terbuka untuk anda. Persiapkan diri dengan kelengkapan fizikal dan rohani. Marilah sama-sama kita memerangi jahiliyah moden UMNO/BN, meruntuhkan kebatilan, memastikan penerusan pentadbiran Islam di Kelantan. Kekalkan Pengkalan Pasir sebagai Pengkalan ISLAM, Pengkalan PAS. Pertahankan ia dari diceroboh. Kekalkan kepimpinan ulamak di Kelantan.

Ayuh saudara muslimin muslimat yang cintakan perjuangan Islam, marilah kita sama-sama dalam satu tekad dan satu hati, bantulah, sumbanglah apa sahaja yang anda mampu, harta benda, jiwa raga, doa dan munajat untuk pertahankan Islam di Kelantan, pertahan dan kekalkan Pengkalan Pasir sebagai milik PAS, milik ISLAM. Takbir3x.

Kunjungi laman web khas PRK DUN Pengkalan Pasir http://pengkalan.tblog.com/

0 Comments:

Post a Comment

<< Home