Politik dan Pilihanraya

Latarbelakang Dewan Undangan Negeri N.12 Pengkalan Pasir

Ia merupakan sebuah kawasan yang terletak dalam Parlimen Pasir Mas, Kelantan. DUN ini adalah salah satu daripada 3 DUN yang berada dalam parlimen Pasir Mas.

Kedudukan DUN ini ialah bersempadanan dengan tebing Sungai Kelantan di selatan, DUN N.14 Meranti (parlimen Rantau Panjang) di utara dan DUN Tendong di timurnya.

Kedudukan politik N.12 Pengkalan Pasir merupakan DUN pertarungan PAS-UMNO silih berganti. Pada tahun 1974, atas nama DUN Bandar Pasir Mas, ia diwakili oleh PAS.

Suasana politik berubah selepas darurat 1978 apabila pada pilihan raya 11 Mac 1978, DUN tersebut kembali dikuasai oleh BN sehinggalah Pilihan Raya Umum 1990. Mulai 1990 hingga pilihan raya umum lalu, DUN Pengkalan Pasir kekal di kuasai oleh PAS.

Dari segi geo-politik, Pengkalan Pasir terletak ditengah bandar Pasir Mas dalam kawasan Majlis Daerah Pasir Mas.

Komposisi pengundi bagi tahun 2005 ialah sejumlah 18,600 iaitu 94.8% Melayu dan 5.2% Cina. Tumpuan utama pengundi Cina adalah di pusat bandar Pasir Mas iaitu dalam dua Daerah Mengundi, Pengkalan Pasir dan Jalan Pasir Pekan serta Daerah Mengundi Sakar, bersempadan dengan DUN Tendong.

Keputusan Pilihan Raya Umum 1990, 1995, 1999 dan 2004 memihak kepada PAS. Pada pilihan raya umum lalu, PAS menang dengan undi sebanyak 7168 dan BN, 7112 iaitu majoriti 56 undi.

Laman web khas PRK DUN Pengkalan Pasir http://pengkalan.tblog.com/

0 Comments:

Post a Comment

<< Home