Politik dan Pilihanraya

Kenderaan Disediakan Untuk Pengundi Pengkalan Pasir Di Lembah Klang

SHAH ALAM, 11 Nov (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengalu-alukan pengundi yang bekerja sekitar Lembah Klang supaya dapat menghubungi hotline 03-55134180 bagi memudahkan Pemuda PAS Selangor menyelaraskan urusan kenderaan untuk mereka pulang mengundi di Pengkalan Pasir, pada 6 Disember ini.

Setiausahanya, Azri Mohamad Arish berjanji, Dewan Pemuda akan berusaha membantu apa sahaja keperluan bagi membantu mereka yang ingin pulang ke kampung mengundi di Dun Pengkalan Pasir.
Di samping itu katanya, DPPNS juga membuka tabung pilihan raya kecil Dun N.12 Pengkalan Pasir iaitu melalui akaun Bank Islam, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor bernombor, 12010010017098.

"Kami menyeru mana-mana pihak yang ingin membuat sumbangan dan derma mengbungi Bendahari DPPNS, 012-3912867 atau Pengarah Jentera Pemuda Perkasa, 013-3928140 atau Pejabat DPPNS, 03-55134180 atau emel : dppns@yahoo.com,".

Sebarang sumbangan akan kami gunakan bagi membantu jentera pilihan raya kecil tersebut. "Kami memerlukan juga kewangan untuk di salurkan kepada jentera pilihan raya" kata Azri.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home