Politik dan Pilihanraya

Upacara UMNO Keluar PAS Sudah Bermula

sofiwahab menulis - Malam ini TV3 melalui rancangan Buletin Utama menyiarkan berita beberapa orang ahli PAS diketuai Abdul Manaf Senik keluar parti bersama pengikutnya. Majlis pengisytiharan mereka keluar PAS dihadiri Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Maka bermulalah dengan rasmi sandiwara Umno pada setiap kali pilihanraya samada pilihanraya kecil atau umum. Kita mengjangkakan bahawa kalau pun berita ini maka sudah tentu mereka yang keluar PAS itu mendapat habuan dunia yang besar. Namun begitu kita sedang menanti reaksi balas PAS Kelantan tentang isu ini.

Apa sering berlaku sebelum ini, kerap kali individu yang mengaku keluar PAS masuk Umno ini bukannya ahli PAS tetapi orang yang diupah untuk mengaku menjadi ahli PAS sedangkan mereka tidak pernah pun mengisi borang keahlian PAS. Ada antara mereka pula sebenarnya telah keluar PAS sejak bertahun-tahun dahulu. Tetapi oleh kerana Umno tiada isu maka majlis 'lakonan' seperti terpaksa diadakan sebagai perang saraf kepada penyokong PAS.

Kita nantikan sandiwara Umno seterusnya.

KUNJUNGI www.pemudabukitkatil.blogspot.com UNTUK BERITA DAN ARTIKEL SELANJUTNYA.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home