Politik dan Pilihanraya

Pemuda Wilayah Anjur Munajat Sempena Pilihanraya DUN Pengkalan Pasir

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) akan mengadakan program munajat pada 24 November (Khamis) di Markas Tarbiyah PAS Taman Melewar, sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Pasir.

Menurut jurucakap DPPWP, Mohd Izwan Mohd Yusof, program munajat itu akan bermula sejak waktu Maghrib dengan solat hajat sementara selepas solat Isya' pengisian program oleh Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar dan Ustaz Dr Azhar Yaakob.
Mohd Izwan yang menghubungi Harakahdaily sebentar tadi berkata, program itu diadakan bagi memperkuatkan semangat dan keazaman petugas PAS selain memohon pertolongan Allah dalam segala urusan dan gerak kerja pilihan raya.

Sehubungan itu beliau menyeru seluruh ahli PAS di semua peringkat turun beramai-ramai menyertai program munajat itu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home