Politik dan Pilihanraya

Kalau BN Perintah Kelantan

Adegan-adegan yang tidak ingin kita lihat kalau BN perintah Kelantan….

  • Ceramah dan kuliah Tok Guru Nik Aziz akan diganggu oleh polis dengan semburan air asid dan gas pemedih mata seperti mana yang telah berlaku pada Tok Guru Hj. Abd Hadi di Terengganu.
  • Pemecatan beramai-ramai kakitangan kerajaan negeri dan agensi milik kerajaan negeri.
    Rampasan tanah rakyat untuk projek yang hanya mempunyai kepentingan pemimpin BN
  • BPR Kelantan terpaksa tambah kakitangan dan bekerja keras seperti di negeri-negeri lain yang diperintah BN.
  • Sekolah-sekolah agama akan diserahkan kepada Kementerian Pendidikan dan guru-guru sedia ada akan kehilangan pekerjaan.
  • Mesyuarat Perlantikan AJK masjid dihapuskan. Semua AJK masjid dilantik mestilah melalui sokongan Ketua Bahagian UMNO.
  • Kuliah dan pengajian di masjid dan surau semakin lesu.
  • Cuti umum hari Jumaat akan ditukar ke hari Ahad.
  • Premis judi akan tumbuh seperti cendawan lepas hujan di Kelantan.
  • Arak pula dijual berleluasa macam kat Langkawi.
  • Kerajaan Negeri goyang kaki..hanya minta sedekah dengan Kerajaan Pusat. Macam kat Terengganu sekarang.
  • Kerajaan Negeri Kelantan akan termasuk dalam senarai negeri-negeri yang tak bayar hutang…macam Kedah, Selangor, Pahang, dan Johor.
  • Buat universiti tapi rakyat terus miskin macam kat Sabah dan Kedah.
  • Buat Highway banyak-banyak…dan tol di sana-sini macam kat Selangor. Kroni juga yang untung.

    Soalan-soalan cepu emas untuk pemimpin BN…
  • Kalau betul UMNO/BN boleh membangunkan Kelantan, kenapa Sabah masih menjadi negeri paling miskin walapun sudah 11 tahun di bawah pemerintahan UMNO/BN?
  • Bolehkah Anuar Musa menjadikan pentadbiran negeri Kelantan bersih dari rasuah sepertimana Tok Guru nik Aziz jaga sekarang padahal duit PPRT pun Anuar tak mampu nak jaga?
  • UMNO nak ambil Sultan yang mana? Sultan Kelantan sekarang ke atau sultan lain yang Anuar Musa lantik pada tahun 1993?

    sumbangan: The Jam

0 Comments:

Post a Comment

<< Home