Politik dan Pilihanraya

Untuk Pilihan Raya Kerusi DUN N12 Pengkalan Pasir

Pilihanraya Pengkalan Pasir mungkin menjadi penentu kepada masa depan PAS di Kelantan. Walaupun kita tetap pada kelebihan satu kerusi DUN jika kalah pilihanraya ini, namun politik kotor UMNO memungkinkan mereka menguasai negeri sekiranya menang pilihanraya ini hanya dengan merasuah/mengugut/membunuh satu ADUN untuk mendapat kuasa. Oleh itu kita perlu menggunakan isu2 yg dekat di hati rakyat Kelantan untuk sama2 menolak UMNO pada pilihanraya nanti walaupun mereka akan diuji dan dihujani dengan habuan wang ringgit dan harta benda oleh pihak UMNO.

Antara Isu2 yg boleh diketengahkan:

1) Pergolakan dalam UMNO Kelantan sendiri antara Mustapha Mohd and Annuar Musa. Jika pemimpin negeri sendiri bercakaran sesame sendiri dan tetap dengan politik ‘cah keting’untuk kesenangan masing2 siapa pula yang hendak menjaga kebajikan rakyat jika diorg menang/dpt memerintah.

2) Isu Annuar Musa dan jutaan ringgit wang PPRT yang hilang. Jika wang untuk rakyat termiskin boleh lenyap ketika Annuar Musa menjadi Menteri Luar Bandar dan sehingga kini kes ini belum selesai, siapa boleh jamin wang untuk kebajikan rakyat Kelantan tidak dirembatnya sekali kalau UMNO dapat menang pilihanraya/memerintah Kelantan. Annuar adalah Ketua Perhubungan UMNO Kelantan sekarang setelah menjatuhkan Tok Pa.

3) Isu Annuar dan dakwaan Kelantan terlibat dalam isu PULO. Jelas Annuar tidak memikirkan keselamatan negeri dan rakyat Kelantan ketika menuduh kerajaan Kelantan terlibat dengan isu di selatan Thai. Annuar lebih mementingkan dirinya untuk popular daripada nasib rakyat Kelantan jika pihak Thailand memandang serius dakwaan itu.

4) Isu Annuar dan banjir di Kota Bharu. Beliau bersuka ria bercuti di luar Negara ketika banjir teruk dan hujan lebat di Kota Bharu tahun lepas walaupun telah diberitahu tentang berita itu. Seorang pemimpin sejati akan terus pulang atau sekurang2nya memendekkan cutinya untuk bersama2 dan menolong rakyatnya dalam kesusahan. Annuar tiada sifat sebegini. Mahukah rakyat Kelantan mempunyai pemimpin sebegini?

5) Isu Ibrahim Ali yang dijatuhkan secara tidak adil oleh orang dalam UMNO sendiri kerana perebutan kuasa. (Isu ini untuk memecahkan undi pengundi UMNO kepada dua – calon Bebas dan calon UMNO). Jika orang yg banyak berjasa kepada UMNO di Kelantan boleh dibuang begitu saja, apalah nasib rakyat biasa untuk mendapat pembelaan.

6) Isu Islam Hadhari dan Islam yang sebenar. Perbezaan dan pertentangan – rakyat Kelantan kebanyakannya celik agama jadi isu ini memang penting bagi mereka. Contoh kecelaruan Islam Hadhari – kes tangkapan di Zouk yg dibantah kerajaan (tanda tidak ikhlas mengamalkan Islam), isu sumbang mahram dan kes rogol/bunuh berleluasa akibat keruntuhan akhlak masyarakat.

7) Rasuah yang tetap tidak dibenteras walaupun Pak Lah kononnya beria2 mau membasmi rasuah tapi setakat ini cakap tak serupa bikin, hanya luarannya nampak baik dan cuba tegas, dalaman kecut perut nak menangkap rakan2 seperjuangannya yg salah..siapa kisah dgn Kasitah Gaddam, etc yg ditangkap sedangkan kepala2 rasuah seperti Rafidah dan sebagainya walaupun telah dibuat laporan polis tidak pernah diambil tindakan sehingga kini.

8) Isu Bahasa Inggeris di sekolah2 yg memakan diri dan masa depan oranng Melayu sendiri. Tiada kajian dibuat dan bila ada pertentangan pendapat, tiada perubahan mahu dilakukan untuk menukar semula pengajaran ke Bahasa Melayu.Kita menggadaikan nasib dan masa depan anak kita sendiri sekiranya berterusan mengundi UMNO.

9) Isu gejala sosial, keruntuhan moral, jenayah dan mcm2 lagi yg boleh diselesaikan jika kita kembali kepada ajaran Islam. Namun UMNO menutup jalan penyelesaian ini, contohnya dengan menutup Sekolah2 agama Rakyat (SAR) di Kelantan dan sebagainya padahal sekolah beginilah yg boleh membimbing anak2 dan memberi pendidikan alternative kepada anak2 kita kerana kelemahan sukatan pelajaran sekolah kerajaan.

10) Lain2 isu yg sebenarnya terlalu banyak untuk saya huraikan satu persatu. Namun isu yg berkaitan terus dgn rakyat Kelantan dan isu agama/moral sentiasa dekat di hati dan dipandang serius oleh rakyat Kelantan, jadi sangat berkesan untuk diketengahkan seperti list di atas.

Adalah penting untuk nama2 besar dalam dunia politik Msia turun ke Pasir Mas ketika pilihanraya ini termasuk Anwar Ibrahim, etc…also Wan Azizah (favourite) – untuk menarik pengundi perempuan selain saf kepimpinan PAS sendiri untuk menarik lebih ramai pengundi dan menggerunkan parti lawan yg sudah tentu akan menggunakan segala jentera kerajaan untuk memenangi pilihanraya.

PAS dan Keadilan perlu menurunkan banyak ahli Wanita dan Muslimat sepanjang pilihanraya ini untuk berjumpa pengundi wanita, kerana kita tahu Puteri UMNO memang bergiat aktif dalam bab ini dan kita mesti menandingi mereka.

Penyokong PAS dari golongan profesional/terpelajar/mahasiswa perlu turut menjadi peraih undi untuk PAS kerana majoriti rakyat Kelantan lebih cenderung kepada nasihat dan kata2 org berpendidikan tinggi dan berjaya daripada mendengar rayuan undi wanita KEMAS, contohnya.

Langkah berjaga2 perlu diambil sepanjang tempoh sebelum pilihanraya utk mengelakkan sebarang kekacauan dan fitnah yg timbul oleh pihak UMNO kerana ia akan dimanipulasi oleh media untuk kelebihan mereka. Mungkin sepasukan pemerhati/penyiasat perlu dilantik untuk mengesan/menangkap pengundi hantu dan any foul play di sepanjang proses p/raya nanti.

Good luck. Hanya cadangan. Saya pasti pihak PAS dak kerajaan Kelantan sudah menyusun strategi2 untuk p/raya ini. All the best!! Untuk rakyat Kelantan lain2, sama2lah kita turun ke Pasir Mas untuk turut serta memancing undi dan menyokong kerajaan negeri kita untuk memenangi pilihanraya kali ini.Sekian. - gee

www.tranungkite.net

0 Comments:

Post a Comment

<< Home