Politik dan Pilihanraya

Siaran Khas Dari Pengkalan Pasir

dewpem menulis - "PAS Selangor melalui Lajnah Penerangan dan Lajnah IT nya akan menyiarkan secara langsung rancangan Siaran Khas Pilihanraya Kecil DUN N12 Pengkalan Pasir dari studionya di Markas PAS Kelana Jaya.

Rancangan 2 jam setiap hari itu akan bermula pada hari Ahad 27 November ini sehinggalah hari Isnin 5 Disember setiap malam bermula jam 9 malam.

Ianya boleh diikuti di Saluran 3 Web TV PAS Pusat di alamat:

http://webtv.parti-pas.org/modules.php?name=WebTV&tvid=03

Menurut Ketua Penerangan PAS Selangor yang juga Pengerusi Lajnah IT PAS negeri, Sdr Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir, rancangan tersebut nanti akan dipancarkan di semua bilik-bilik gerakan UPU PAS di Pengkalan Pasir termasuklah di Markas Besar PAS di Pasir Mas untuk diikuti oleh para pengundi di sana.

Rancangan 2 jam itu nanti akan memuatkan siaran Bicara Pengakalan Pasir, iaitu rancangan forum secara langsung yang akan membincangkan isu-isu semasa berhubung pilihanraya kecil tersebut. Ahli-ahli panel akan terdiri dari pimpinan PAS Pusat, PKR serta para pemberita dan pengulas bebas.

Disamping itu setiap siaran juga akan membuat lintas langsung dari Bilik Gerakan PAS di Pengkalan Pasir yang akan memberi maklumat dan perkembangan terbaru terus dari Pasir Mas.

http://www.malaysia-today.net/Blog-s/2005/11/pas-selangor-lancar-webtv-live-untuk.htm

0 Comments:

Post a Comment

<< Home